Wednesday, 5 February 2014

BERTEMU JODOH DENGAN QASEH GOLD

Teks : NUR SHAZNA & PENGEDAR QASEH GOLD (KAWASAN RAUB, BENTONG, LIPIS, DAN SELURUH MALAYSIA) & PENGURUS ONLINE AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Foto : Koleksi QASEH Bonda DWANNA

Alhamdulillah, kita mesti ungkapkan ayat ini tanda kita bersyukur ke atasNya. Sama juga dengan diri saya, setelah bertemu jodoh dengan QASEH GOLD dan menikmati khasiatnya. Saya telah menjadi pengedar QASEH GOLD. Bersama-sama membantu menjaga kesihatan dan ikhtiar bersama QASEH GOLD. 

Semangat baru timbul, dengan sokongan keluarga dan perasaan ingin membantu seisi keluarga, rakan-rakan dan kenalan sihat dan membantu mermartabatkan makanan sunnah. Insyallah.

Melibatkan diri dengan QASEH GOLD, terasa amat bertuah selain dapat khasiat yang tinggi dapat juga membantu orang lain sihat. SIHAT ITU JIHAD.



MEMIKIRKAN MAKANAN TERBAIK UNTUK SEISI KELUARGA


Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

Sehingga sekarang, amalkan amalan arwah makan makanan sunnah. Dulu di rumah sentiasa ada kurma, kismis, madu dan air zam-zam sentiasa jadi amalan kami sekeluarga dan juga menjadi kudapan waktu senggang.

Selepas beberapa bulan arwah pergi, terfikir-fikir. Apa yang dapat membantu kesihatan lebih baik dan menyakin serta anak-anak dan ibu sentiasa amalkan. Supplement berbentuk tablet sudah tentu tidak menjadi amalan.

Akhirnya, selepas jumpa seorang rakan dan perkenalkan saya dengan produk QASEH GOLD berasaskan makanan sunnah. 

Dengan niat kerana ALLAH SWT, mahukan kesihatan terbaik untuk seisi keluarga. Saya mencuba bersama anak-anak.

Wednesday, 29 January 2014

KENAPA BONDA DWANNA?

Sebelum ini,  arwah yang mengusahakan perniagaan alamaya Dwanna's Shop dan realiti DWANNA ENTERPRISE. Sekarang, ibu pula yang akan meneruskan empayar ayahanda kakak dan adik. Ibu mulakan dari bawah dengan bertemankan kata-kata nasihat terakhir arwah buatkan ibu kuat hadapi dugaan dariNya. 



Pengertian DWANNA

D  = DAMIA & DARWISY
WAN = HERWAN (WAN)
NA = SHAZNA (NA)





REDHA DENGAN UJIAN ALLAH SWT

Teks : Nur Shazna Binti Shamsudin
Foto : Koleksi Keluarga Dwanna

ASSALAMUALAIKUM... :)

Bagaimana mahu bermula ya? Bismillah..

Pertama kali membuat penulisan melalui blog setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan mengarang karangan. Tersenyum sendiri untuk diri sendiri :).

Tanggal 11/03/2013 lepas bermula kehidupan baru diri saya tanpa suami dan puteri putera tanpa insan bergelar ayahanda. Arwah suami saya telah pergi buat selamanya dari dunia yang nyata ini. Kuatkah diri ini hadapi semua ini? InsyaAllah ALLAH SWT itu ada bersama  dan redha dengan ujian yang mendatang.

Puteriku  berusia 6 tahun  dan putera kami berusia 4 tahun 2014 ini. Kecil lagi anak-anak ini hatinya telah di duga dengan ujian ALLAH SWT tapi Alhamdulillah ada kekuatan dalam diri mereka menjalani kehidupan tanpa arwah.



NUR DAMIA SAFIYA BINTI MOHD HERWAN & MUHAMMAD DARWISY HAFIY BIN MOHD HERWAN


TERIMA KASIH