Tuesday, 16 September 2014

Terokai Barangan Dapur Bersama Si Cilik Anda

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

 Foto : Dwanna

Bismillah.

Selamat Hari 1 Malaysia. Syukur kita ke hadrat Ilahi masih lagi kita bernafas dan aman di tanah air kita bumi Malaysia.

Hari ini, aktiviti saya dan anak-anak riang hati di teratak kecil kami. Petang nanti, perancangan mahu membawa anak-anak secara santai ke pasaraya untuk membeli barangan dapur sambil anak-anak mengenali, merasai, dan memahami apa itu barangan dapur.

Selalunya ke pasaraya, saya akan terkejar-kejar masa untuk membeli barangan dapur. Tidak sempat memberi latihan amali kepada anak-anak secara spontan.


Dahulu saya sepenuhnya bergantung harap dengan arwah suami untuk kelola (urus) anak-anak ke mana saja.

Tapi alhamdulillah, syukur saya diberikan pemikiran yang positif, jangan jadikan ia satu bebanan. Rasai nikmat-nikmat bersama si cilik.

Bukan mahu kata saya bagus, tapi saya perlu kuat tanpa arwah di sisi. Saya perlu kuatkan semangat demi anak-anak.






Tips urus bawa anak ke pasaraya.

Mengingati tujuan kita ke pasaraya untuk membeli barangan dapur - Kita mahu sihat, perlu makanan yang sihat (penting untuk menggelakkan anak-anak merenggek mahu jajan (makanan kurang zat) atau mainan.

Sentiasa berpesan kita perlu jimat cermat, Allah sayang jika kita tidak membazir - Si Adik akan terus cakap "Hafiy nak jadi anak syurga, macam ayah". Si kakak mudah memahami mungkin sudah  berusia 6 tahun, makin bijak berfikir.

Biarkan anak-anak sama-sama memilih dan menyentuh barangan tersebut. Contohnya, buahan, sayuran dan tenusu - Ini akan membuatkan si anak berasa seronok kerana mereka tidak disisihkan dan minda mereka akan lebih segar, kerana selalunya si ibu akan memilih sendiri dan si anak akan duduk dalam troli. situasi begini membuatkan si anak akan 'buat perangai'.

Pastikan jangan leka, anak-anak mudah terleka jika melihat sesuatu yang baru baginya - Apabila kami bertiga, saya akan pastikan anak-anak pegang baju saya kiri dan kanan kemas-kemas. 







No comments:

TERIMA KASIH