Tuesday 16 September 2014

Si Adik Teman Ibu

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

 Foto :  Dwanna & Google Image


Ada satu hari itu, sekolah adik cuti, maka ibu perlu bawa si adik ke kelas ibu. Kelas jahitan saya bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Rakan sekelas pernah juga membawa anak dan menyatakan anak mereka 15 minit sudah bosan dan mahu pulang dan menganggu konsentrasi semasa kelas berjalan. Mereka juga beranggapan begitu, jika saya bawa anak. Tetapi sebaliknya berlaku.

Tips dari saya :


  • Pada malam sebelumnya sudah set minda si adik dan juga si ibu.
  • Saya tidak terus memikirkan si anak akan membebankan saya. (Berfikiran positif dan cari jalan terbaik untuk kelola si anak).
  • Beritahu perkara sebenar agar mudah si anak berfikir - Saya beritahu akan ke kelas, macam si adik ke sekolah kena baik-baik. Cikgu ibu, sama cikgu adik mahu ajar ibu jadi pandai.
  • Bertanyakan si anak esok apa yang  mahu di buat masa ibu belajar - Menyediakan beberapa  mainan yang dipilih sendiri untuk bermain esok dan juga bahan menulis.
  • Sediakan bekalan makanan dan minuman secukupnya. (susu, biskut dan roti).

Dalam masa 2 jam itu, tiada masalah bagi saya walaupun ada kehadiran si kecil. Si adik hanya datang sekali sekala di tempat saya, kerana berada di suasana pelik baginya kerana di dalam kelas ibu tiada papan hitam (hehehe). Selepas dapat jawapan, si adik bermain seorang semula di tempat mula di bermain tadi sambil cakap "Hafiy baikkan ibu, anak QASEH ibukan ibu, anak syurga ayah dengan ibukan ibu". (berapa banyak ibu ni?) hihi. Khalifah kecil saya ini, memang petah berkata-kata. 

Serupa mesin jahit yang saya belajar sekarang






No comments:


TERIMA KASIH