Tuesday 9 September 2014

Work At Home Mommy!! Semangat Si ibu

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

 Foto : Google Image




Lihat gambar ini, tidak ubah seperti keadaan saya sekarang, dulu bekerja di pejabat dengan tekanan kerja cara lain. Sekarang pun tekanan, tetapi saya lakukan apa yang saya suka dan idamkan selama ini. Jadi, tekanan tidak ke arah negatif kerana bagi saya ini cabaran untuk diri saya. Bagaimana dulu saya uruskan pentadbiran semasa bekerjaya, saya juga gunakan skill yang sama di rumah cuma di olah sedikit bersesuaian dengan menguruskan  staf kecil saya (anak-anak syurga saya).

Mungkin ada yang tidak selesa bekerja dengan suasana sebegini. Tapi ini kepuasan bagi saya, ada  ruangan khas SOHO (small office at home) di rumah. Saya deco dengan ringkas (tidak tahulah kreatif tahap mana) untuk ambil mood saya masa bekerja. Tapi yang kelakarnya, si kakak "ibu, kakak nak tempat work macam ibu dalam bilik kakak". Aduhai anak bijak ibu ini.

Saya masuk SOHO pada waktu malam dinihari, siap segala tanggungjawab sebagai ibu untuk anak-anak. Bagi saya setiap detik adalah masa berkualiti bersama keluarga kecil saya, bukan seperti dulu hanya dihujung minggu. Hujung minggu saya punch ke SOHO lebih awal kerana tidak ke kedai.

Saya buat jadual dan catitan ringkas apa perlu dilakukan setiap hari walaupun try and error, sekurang-kurangnya ada juga jayanya dengan jadual saya. Maklumlah, kita merancang hanya Allah yang tentukan. Sekali lihat, boleh ke seorang ibu tunggal melakukan semuanya. InsyaAllah, kita berusaha semuanya dariNya, saya amalkan kesihatan dan mengamalkan Jus minuman kesihatan ramuan makanan sunnah QASEH GOLD ADINDA. Anda juga boleh mendapat info di entri-entri Tips Sihat Bersama QASEH GOLD dan juga Testimoni.

Saya bercita-cita, mahu WAHM sepenuhnya diteratak kecil kami, walaupun sekarang baru separuh WAHM kerana di kedai juga saya masih bersama anak-anak melakukan kerja. InsyaAllah, dipermudahkan segalanya.


No comments:


TERIMA KASIH