Tuesday 16 September 2014

Tips Riang Belajar Di Rumah

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

 Foto : -


Si kakak nampak SOHO ibu ceria, mulalah permintaan mahu sama macam tempat 'work' ibu. Jadi saya mesti mengkreatifkan diri saya ini untuk cetus keriangan belajar di rumah.

Alatan saya gunakan apa yang ada, dan DIY (do it yourself) apa yang boleh. Ruang belajar mereka di sudut bilik tidur mereka. Bertemakan merah jambu untuk si kakak dan si adik berwarna biru kelengkapan bilik mereka, cadar, kelambu dan rak buku.

Jadi saya, ruang belajar yang saya mahukan mood keriangan, saya temakan warna-warni. Warna-warni mempengaruhi mood kita.

Saya akan berikan nama tempat belajar mereka. Si kakak "Lady Mia" dan si adik "Sir Hafiy".

Penting juga pencahayaan yang betul bagi tidak memudaratkan mata anak-anak semasa belajar.

Saya juga, perlu tekankan susun atur yang memudahkan si kecil, mengambil dan menyusun semula buku-buku dan peralatan lain selepas digunakan.

Saya harapkan agar anak-anak lebih cenderung untuk berusaha belajar menjadi anak yang soleh dan solehah untuk saya dan arwah suami.


P/s : Gambar tidak dapat disediakan lagi kerana dalam proses menyiapkan ruang "Riang Belajar" mereka.

* Saya akan update sepantas mungkin. InsyaAllah

No comments:


TERIMA KASIH