Wednesday 29 January 2014

KENAPA BONDA DWANNA?

Sebelum ini,  arwah yang mengusahakan perniagaan alamaya Dwanna's Shop dan realiti DWANNA ENTERPRISE. Sekarang, ibu pula yang akan meneruskan empayar ayahanda kakak dan adik. Ibu mulakan dari bawah dengan bertemankan kata-kata nasihat terakhir arwah buatkan ibu kuat hadapi dugaan dariNya. 



Pengertian DWANNA

D  = DAMIA & DARWISY
WAN = HERWAN (WAN)
NA = SHAZNA (NA)





REDHA DENGAN UJIAN ALLAH SWT

Teks : Nur Shazna Binti Shamsudin
Foto : Koleksi Keluarga Dwanna

ASSALAMUALAIKUM... :)

Bagaimana mahu bermula ya? Bismillah..

Pertama kali membuat penulisan melalui blog setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan mengarang karangan. Tersenyum sendiri untuk diri sendiri :).

Tanggal 11/03/2013 lepas bermula kehidupan baru diri saya tanpa suami dan puteri putera tanpa insan bergelar ayahanda. Arwah suami saya telah pergi buat selamanya dari dunia yang nyata ini. Kuatkah diri ini hadapi semua ini? InsyaAllah ALLAH SWT itu ada bersama  dan redha dengan ujian yang mendatang.

Puteriku  berusia 6 tahun  dan putera kami berusia 4 tahun 2014 ini. Kecil lagi anak-anak ini hatinya telah di duga dengan ujian ALLAH SWT tapi Alhamdulillah ada kekuatan dalam diri mereka menjalani kehidupan tanpa arwah.



NUR DAMIA SAFIYA BINTI MOHD HERWAN & MUHAMMAD DARWISY HAFIY BIN MOHD HERWAN


TERIMA KASIH