Friday 12 September 2014

12 September 2014


Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

 Foto :  Keluarga DWANNA


Bismillah.

Menginjak ke angka 29 hari ini 12/09/2014. Hadiah paling bermakna senyuman dua hati kecil saya,  NUR DAMIA SAFIYA BINTI MOHD HERWAN & MUHAMMAD DARWISY HAFIY BINTI MOHD HERWAN. Berdua beradik ini dendangkan ibunya dengan Allah Selamatkan Ibu...Allah Selamatkan Ibu...Allah Selamatkan Ibu & Ayah..Tiba-tiba sayu teringat arwah suami, apabila berdua ini menyebut ayah. 

Sudah tahun kedua tiada ucapan dari arwah untuk saya, sudah dua kali juga pada hari kelahiran saya hadiahkan bacaan Surah Yassin untuknya. Seperti mana yang arwah lakukan setiap tahun selama kami hidup bersama lima tahun lebih. Indahnya saat-saat itu, hadiah terakhir dari arwah suami pada 12/09/2012 senaskah Al Quran & Terjemahannya. Naskah ini peneman saya jika kerinduan bertandang dihati ini. Tidak sangka hadiah penuh makna dan indah sekali peninggalannya untuk saya pelajari & fahami untuk teruskan kehidupan ini. di sisi


Gambar ini juga, terakhir arwah suami edit dan tatapkan di timeline FB saya. Semuanya masih segar lagi walaupun hari ini sudah genap 1 tahun 6 bulan 1 hari arwah pergi meninggalkan kami bertiga selamanya. Saya redha, ini semua ketentuan Allah SWT. Setiap hari saya mohon kekuatan menghadapi segala suka duka tanpanya. Moga arwah dicucuri rahmat dan syurga tempatmu sayang. Al Fatihah.

Tidak lupa juga saya berterima kasih kerana mengucapkan selamat untuk saya, kata-kata semangat dan dorongan anda sekalian amat saya hargai. 





No comments:


TERIMA KASIH