Friday 28 March 2014

ANAK-ANAK QASEH SAYA

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
Foto : Koleksi Qaseh Bonda Dwanna


Bismillah.

Genap sudah setahun anak-anak QASEH saya tanpa ayahanda mereka. Kenangan arwah sentiasa kuat dalam hati kami tiga beranak. Melihat mata-mata kecil ni buat ibu lagi tabah. Alhamduillah anak-anak juga sihat bersama QASEH GOLD JUNIOR.

Pagi Jumaat yang indah disulami dengan zikir dari mulut-mulut si kecil ni YA ALLAH..YA ALLAH..YA ALLAH. Ibu mana yang tidak bangga dengan perkembangan positif mereka. 

Hari ini, pagi-pagi lagi sudah bersiap mahu ke pusara arwah anak-anak kecil ini. Tiap minggu ziarah pada hari Sabtu dan Ahad. Hari ini berkesempatan menziarah di pagi Jumaat.

Si Kakak sudah pandai menghafal beberapa surah dan membaca di hadapan pusara ayahandanya. Si Adik menghafal Al-Fatihah dan berebut-rebut dengan si kakak mahu baca doa untuk ayahanda mereka.

Si Adik bila sampai di pusara " Assalamualaikum ayah, Hafiy datang ni, baca doa untuk ayah. Hafiy anak syurga, Hafiy nak masuk syurga macam ayah". Pilukan? Bila dengar, hati saya lagi pilu hari-hari mendengar terutama malam menjelma.

Si Kakak yang pendiam, bergenang air mata. Minta ibu-ibu jom solat untuk ayah. "Kakak rindu ayah".

Bila ibu sudah berjujuran air mata. Tangan-tangan kecil ini menyapu pipi ibu, "Ibu jangan nangis ibu, kitakan kuat, ayah ada dalam hati kita ibu".



No comments:


TERIMA KASIH