Thursday 3 April 2014

SAYA?


Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah


Foto : Koleksi Peribadi Bonda Dwanna


Bismillah.



Banyak sudah entri saya post. Lupa perkenalkan nama, saya Nur Shazna. Berumur 29 tahun. Ibu tunggal kepada dua orang anak kecil yang memerlukan perhatian sepenuhnya dari saya. 






Ibu Tunggal? 
Ya saya ibu tunggal yang bekerja sendiri dan mempunyai cita-cita bekerja di rumah suatu hari nanti. Sekarang rezeki  Allah SWT beri kepada saya dengan membuka perniagaan pakaian dan pengedar produk Ana Edar (QASEH GOLD). Pejam celik sudah setahun saya menjalani kehidupan tanpa arwah suami yang tersayang. Hidup perlu diteruskan ada amanah yang ditinggalkan untuk  jalankan tangungjawab saya.

Rutin?
Bekerja sendiri dan mengurus anak-anak sepenuhnya sendiri tidak perlu disangkal lagi amat memerlukan tenaga dan kesihatan yang baik. Macam-macam vitamin dan ubatan saya makan untuk sihat, arwah suami selalu cakap saya muka sakit mesti jaga kesihatan. Tapi Allah SWT lebih menyayangi arwah pergi dulu. Saya manusia biasa, seperti semua mahu sihat dan mahu cergas.

Alternatif (Saya telah panjangkan akal saya) ... Tersenyum sendiri
Mencari alternatif lain, di mana saya tidak suka makanan tambahan berbentuk kapsul. Akhirnya saya berjumpa QASEH GOLD ADINDA untuk saya dan QASEH GOLD JUNIOR untuk anak-anak. QASEH GOLD berbentuk cairan (Jus). Fikiran hanya mahu sihat di samping amal makanan sunnah.

Pilihan tepat?
Alhamdulillah dengan QASEH saya telah jatuh hati dan mengamalnya tanggal Disember 2013 sehinggga kini. Kesan dan Khasiatnya kandungan ramuan makanan sunnah amat hebat bagi saya dan anak-anak. Apa apa pun perbetulkan niat kiita insyaAllah terbaik kita terima dari Allah SWT.

Nafas lega?
Alhamdulillah QASEH membantu, saya yang selalu mengahadapi sengugut setiap bulan beransur pulih dan tahap kesihatan saya membanggakan bagi saya. Anak-anak pula dulu yang kerap demam dan peneman setia adalah ubatan sekarang telah bertukar dengan QASEH GOLD JUNIOR.






No comments:


TERIMA KASIH