Sudah tiga hari si adik sakit mata, budak yang kuat celoteh macam ibunya. Si kakak juga sudah berjangkit. Malam tadi telah ke hospital mendapatkan rawatan. Si adik memang tidak mahu ke hospital, teringat arwah ayahnya 'pergi' di kecemasan. Nasib baik dalam perjalanan tidur, masuk bilik rawatan baru terjaga jadi dia tidak perasan hospital atau klinik. Si adik sudah pesan "ibu, adik nak pergi klinik je tau".
Selesai urusan di hospital, mula pula drama si adik tidak mahu ubat titis di mata, mahu ubat minum saja. Ibu pula, rungsing pula mahu anak sembuh cepat. Teringat pengalaman dahulu sakit mata, ibu apa lagi berdialog dengan adik sambil cerita sambil pujuk titis ubat. "Ibukan adik, pernah sakit mata sebab mata ibu banyak kuman doktor cakap. Jadi adik kena basuh tangan dan muka nanti ibu titis ubat pada mata nanti mata adik kuman-kuman keluar dari mata adik". Menjadi skill ibu, si adik terus pergi basuh muka dan terkebil-kebil ibu titiskan ubat. Meraung la pedih si adik.
Si kakak pula, 'cool' saja titis ubat terus penjamkan mata. Si kakak pujuk, "adik tengok kakak ni tak nangis pun nak baik cepatkan nanti kuman keluar cepat". Si adik pun berhenti nangis tengok kakak rilek saja. Alhamdulillah, indah sungguh dikurniakan amanah arwah suami kepada saya.
Dalam keadaan tegang, saya kena bertenang juga. Emosi saya perlu di kawal ketika sedih atau susah hati. Mereka berdua seolah-olah memahami jika dalam situasi saya sedih. Mereka berdua akan turut sedih, mengalir air mata dan terus cakap "jangan nangis ibu, ayah ada dalam hati kita".
No comments:
Post a Comment