Tuesday, 1 April 2014

PILIH BERSAMA ANAK-ANAK

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

Bismillah.

Alhamdulillah rezeki saya dengan anak-anak. Bukan semua kaum ibu dapat bersama anak-anak setiap masa, seperti saya juga dahulu seorang ibu yang berkerjaya. Masa berkualiti bersama anak-anak hanya hujung minggu. Bukan bermakna ibu berkerjaya telah gagal mendidik anak-anak.  Seperti saya,  mempunyai dua pilihan di mana saya masih bekerja dan memiliki perniagaan yang arwah bina.

Pemergian arwah suami buat saya nekad untuk berhenti kerja dan meneruskan perniagaan arwah. Dengan niat untuk membesarkan anak-anak sendiri, InsyaAllah saya akan lebih kuat berusaha kerana Allah SWT. Anak-anak saya memerlukan perhatian dan didikan kasih sayang insyaAllah sempurna mungkin saya berikan. 

Saya terima banyak dugaan, tapi kenapa perlu kita mengeluh. Bukan bermakna saya hebat, saya juga manusia biasa ada kelebihan dan juga kekurangan. Saya masih lagi bertatih dalam bidang perniagaan, saya sentiasa berdoa agar pilihan dan semangat saya kuat dengan mencari rezeki secara berniaga.





No comments:


TERIMA KASIH