Tuesday, 8 April 2014

BUSINES ONLINE VS ALAMAYA...BAGAIMANA?

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

 Bismillah.


Kita nak mulakan sesuatu mesti ada mentor, betulkan? Bukan anak-anak saja perlu ada guru, kita pun perlu berguru untuk berniaga. Tambahan pula mahu kaya, berjaya dan berkat.

Saya? Selalu baca post FB kak Masayu Ahmad, berbulan-bulan mengikutinya. Tapi tidak pernah terlintas membeli ebook untuk santapan atau ilmu bagi saya memulakan bisnes.

Ada juga terfikir, macamana nak buat blog? blog bisnes yang arwah bina langsung saya tidak tahu password tambahan no. telefon di daftarkan juga tidak aktif. Terpinga-pinga mahu mula dari mana?. Hasil kajian dan tindak balas pelanggan alamaya  suka melawati blog bisnes arwah dulu. 


Saya fikir positif, mungkin Allah SWT mahu saya berusaha sendiri, sebagaimana arwah mengusahakan empayar bisnes kami sekeluarga.

Akhirnya, saya beli ebook janapendapatan dari rumah. Saya study ebook itu dengan penuh semangat dan harapan baru. Sehinggalah rakan kerja dahulu menegur saya. "Kak Na kusyuknya study apa tu? Tersengih-sengih saya jawap " tambah ilmu di dada dan minda". (Siuasi sebelum berhenti kerja - penghujung tahun 2013)

Pertengahan Januari 2014, Alhamdulillah akhirnya saya mendaftar pelajari asas bina blog bersama Puan Normi Yusof. Walaupun masih bertatih, sekurangnya saya telah cuba dan akan cuba laksanakan. 

Yang pasti, mengikuti kelas secara online ini amat bagus bagi saya yang banyak komitmen sebagai ibu tunggal ini. Selalu tentang MASA yang kita akan bangkitkan, terutamanya sayalah tu.

 Pembelajaran saya secara alamaya dengan masa kita uruskan, segala persoalan, pertanyaan yang kadang-kadang saya sendiri pusing apatah lagi guru online saya Puan Normi. Semua di ajar oleh guru online amat memuaskan dan sabar mengajar kita.

Masa selesai tugasan? Semuanya atas daya usaha kita sendiri, jika kita fokus maka jangka pendeklah kita tamat belajar. Begitu juga, sebaliknya.

Jangan fikir terasa beban dengan duit yang kita modalkan. Bagaimana mahu berniaga jika tidak mahu keluar modal. Belajar juga adalah modal bagi kita, kerana kita perlu ilmu. Bukan hanya, modal dikeluarkan untuk dapatkan bahan mentah atau produk. Ingat pesanan saya itu.

Sejak saya berjinak-jinak dengan blog, maka ramailah kenalan alamaya saya. Berkongsi pendapat dan ruang serta peluang berniaga. Dulu saya ingat berhenti kerja, tiada rakan-rakan akan besama kita. Rupanya salah sama sekali, kenalan saya makin ramai bukan sahaja alamaya tetapi alam nyata. Hebatkan kita, bonda-bonda sekalian.

Amat sesuai bagi bonda-bonda suri umah yang mahu maju dan berkerjaya dari rumah. Penting sekali fikir positif. Allah SWT sentiasa bersama kita. 

Jika mahu ilmu asas bina blog seperti saya, klik sini ya:

http://nurshaznashamsudin.blogspot.com/search/label/Akademi%20Bekerja%20Di%20Rumah

Thursday, 3 April 2014

SAYA?


Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah


Foto : Koleksi Peribadi Bonda Dwanna


Bismillah.



Banyak sudah entri saya post. Lupa perkenalkan nama, saya Nur Shazna. Berumur 29 tahun. Ibu tunggal kepada dua orang anak kecil yang memerlukan perhatian sepenuhnya dari saya. 






Ibu Tunggal? 
Ya saya ibu tunggal yang bekerja sendiri dan mempunyai cita-cita bekerja di rumah suatu hari nanti. Sekarang rezeki  Allah SWT beri kepada saya dengan membuka perniagaan pakaian dan pengedar produk Ana Edar (QASEH GOLD). Pejam celik sudah setahun saya menjalani kehidupan tanpa arwah suami yang tersayang. Hidup perlu diteruskan ada amanah yang ditinggalkan untuk  jalankan tangungjawab saya.

Rutin?
Bekerja sendiri dan mengurus anak-anak sepenuhnya sendiri tidak perlu disangkal lagi amat memerlukan tenaga dan kesihatan yang baik. Macam-macam vitamin dan ubatan saya makan untuk sihat, arwah suami selalu cakap saya muka sakit mesti jaga kesihatan. Tapi Allah SWT lebih menyayangi arwah pergi dulu. Saya manusia biasa, seperti semua mahu sihat dan mahu cergas.

Alternatif (Saya telah panjangkan akal saya) ... Tersenyum sendiri
Mencari alternatif lain, di mana saya tidak suka makanan tambahan berbentuk kapsul. Akhirnya saya berjumpa QASEH GOLD ADINDA untuk saya dan QASEH GOLD JUNIOR untuk anak-anak. QASEH GOLD berbentuk cairan (Jus). Fikiran hanya mahu sihat di samping amal makanan sunnah.

Pilihan tepat?
Alhamdulillah dengan QASEH saya telah jatuh hati dan mengamalnya tanggal Disember 2013 sehinggga kini. Kesan dan Khasiatnya kandungan ramuan makanan sunnah amat hebat bagi saya dan anak-anak. Apa apa pun perbetulkan niat kiita insyaAllah terbaik kita terima dari Allah SWT.

Nafas lega?
Alhamdulillah QASEH membantu, saya yang selalu mengahadapi sengugut setiap bulan beransur pulih dan tahap kesihatan saya membanggakan bagi saya. Anak-anak pula dulu yang kerap demam dan peneman setia adalah ubatan sekarang telah bertukar dengan QASEH GOLD JUNIOR.






Tuesday, 1 April 2014

Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah

Foto : ABDR



Kami menawarkan kelas online berikut.


1. Kelas asas blog dan penulisan

2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes

3. Kelas belajar iklan di mudah.my

4. Kelas penulisan kreatif
5.Rakan niaga / pengurus online akademi 
6.Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO

Penerangan kelas:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara.  Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage dan facebook.  Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.  Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma.  Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen.  Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel.  Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. Tiga produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan.  Kesemuanya atas talian.  Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi.  Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Berminat hubungi saya:


1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

3. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari


PM untuk analisa, buat pendaftaran dan sudah boleh masuk kelas. Sempena tahun baru sudah boleh rancang untuk menjana pendapatan sampingan. Kelas ini fleksibel sesuai bagi wanita sibuk yang tak punya masa, macam saya

Baca artikel dari blogger aktif pasukan kami di sini






 Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah lagi pantas seperti di bawah :




PILIH BERSAMA ANAK-ANAK

Teks : Nur Shazna & Pengedar Qaseh Gold (Kawasan Raub, Bentong, Lipis, Dan Seluruh Malaysia) & Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah

Bismillah.

Alhamdulillah rezeki saya dengan anak-anak. Bukan semua kaum ibu dapat bersama anak-anak setiap masa, seperti saya juga dahulu seorang ibu yang berkerjaya. Masa berkualiti bersama anak-anak hanya hujung minggu. Bukan bermakna ibu berkerjaya telah gagal mendidik anak-anak.  Seperti saya,  mempunyai dua pilihan di mana saya masih bekerja dan memiliki perniagaan yang arwah bina.

Pemergian arwah suami buat saya nekad untuk berhenti kerja dan meneruskan perniagaan arwah. Dengan niat untuk membesarkan anak-anak sendiri, InsyaAllah saya akan lebih kuat berusaha kerana Allah SWT. Anak-anak saya memerlukan perhatian dan didikan kasih sayang insyaAllah sempurna mungkin saya berikan. 

Saya terima banyak dugaan, tapi kenapa perlu kita mengeluh. Bukan bermakna saya hebat, saya juga manusia biasa ada kelebihan dan juga kekurangan. Saya masih lagi bertatih dalam bidang perniagaan, saya sentiasa berdoa agar pilihan dan semangat saya kuat dengan mencari rezeki secara berniaga.






TERIMA KASIH